Latihan Mewarna

7 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Sempena awal persekolahan, kami telah mengadakan latihan mewarna bagi kanak-kanak bertemakan Upin & Ipin. Aktiviti ini telah diadakan di ruang legar Pusat Internet PPR Seri Semarak dan disertai oleh 4 orang peserta. Aktiviti ini telah berlangsung selama 1 jam setengah, bermula jam 3.45 petang sehingga 5.15 petang.

Aktiviti mewarna ini adalah bertujuan untuk mengasah bakat dan kreativiti para peserta. Setiap peserta diberikan sehelai kertas yang bercetak gambar Upin dan Ipin dan dikehendaki mewarnanya mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan pensel warna yang disediakan. Semangat kerjasama antara para peserta dapat dilihat melalui aktiviti ini. Mereka saling membantu menyiapkan tugasan yang diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali